Thursday, 24 March 2011

Majalah Solusi Edisi 4

Product Information :
Nama
Majalah Solusi Edisi 4
Harga
RM9.00
Kod Produk
MAJS4

Majalah Solusi Edisi #4 ini memfokus kepada isu menjaga hati. Dimulakan dengan artikel tentang betapa manusia sering lupa yang disumbangkan oleh Ustaz Zahazan Mohamed dengan artikel bertajuk ‘Ambillah 40 Tahun Daripada Umurku, Beri Padanya’ yang mengisahkan Nabi Adam yang terlupa telah memohon kepada Allah supaya memberikan 40 tahun usia yang diperuntukkan padanya kepada keturunannya iaitu Daud supaya Daud mempunyai usia 100 tahun.

Ustaz Adlan Abd Aziz pula mengupas tajuk ‘Jadilah Penyebab Hidayah, Bukan Penyebar Dhalalah (sesat) yang menegaskan walau pun hanya seorang manusia Berjaya diajak melakukan kebaikan, adalah lebih baik daripada memiliki harta yang paling bernilai di dunia.

‘Jagalah Hati’ merupakan tajuk pilihan Pahrol Mohd Juoi yang menegaskan bahawa kita mestilah sentiasa berhati-hati menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekali pun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas. Beliau juga menghuraikan cara untuk membersihkan hati dengan melakukan ibadah. Beliau juga menulis ‘Cinta Tanpa Syarat’ yang mana memberi kerana Tuhan tanpa mengira balasan atau alasan.

Kemudian disusuli dengan temubual Editor Majalah Solusi dengan Prof Madya Mohamad Kamil Abdul Majid yang fokus kepada perlunya hati yang bersih.

Muhammad Al-Fateh pula menulis tentang ‘Iman Itu Bukan Hanya Di Hati’ yang mana beliau menghuraikan bahawa mengikut ajaran Islam secara menyeluruh tidak akan menyusahkan bahkan itulah keuntungan dan kebahagiaan.

‘Berani Kerana Sunah’ itulah tajuk yang dipilih oleh Umar M Noor yang mengisahkan tentang keberanian yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan sahabat pada zaman terdahulu.

Ustaz Ahmad Husni sekali lagi menceritakan perihal Makkah dan kali ini beliau menulis tentang ‘Yakini Kuasa Doa Di Baitullah Walau Jauh Beribu Batu’. Diceritakan tempat-tempat mustajab doa di Baitullah.

Imam Global pula menulis ‘Bila Solat Tidak Menyentuh Hati’.

‘Soal Jawab Solat’ dan soal jawab ‘Fiqah Amali’ pula dijawab oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman sekali lagi menulis berkaitan kewangan dan kali ini beliau menulis tentang ‘Duit Kertas Moden’. Beliau juga menjawab persoalan muamalat dalam ‘Soal Jawab Muamalat’.

‘Pecutan Belajar Awak Tahun’ pasti berguna kepada semua pelajar yang dikongsikan tips-tips belajar oleh Hj Muhammad Zakaria.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah pula menulis tajuk berkaitan pendidikan anak-anak iaitu ‘Membentuk Sikat Positif Anak-Anak’.

‘Allah Menggerakkan Hati Insan’ begitulah kisah yang ingin dikongsikan oleh Prof Dr Sidek Baba yang mana sebaik tadbir, mengundang sebaik takdir.

Hasrizal Abd Jamil pula menulis artikel bertajuk ‘Perlunya Manusia Kepada Tuhan’.

Hj Muhammad Zakaria ‘Menuju Cahaya Di Belantara’ yang berkisar tentang kehidupan dalam hutan seperti kaum Asli dalam ruangan Kembara. Rashidah Mustaffa ‘Siapa Kawan Anak-Anak Kita?’ dalam ruangan Hai Anak. Fatimah Syarha Noordin ‘Remaja Dan Krisis Identiti’. Ustaz Ghazali Ibrahim ‘Merancang Pusaka’ dalam ruangan Faraid. Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Wuduk Kebal’ dalam ruangan Tajdid.

Selain itu, turut termuat dalam Majalah Solusi Edisi 4 ini adalah tulisan Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Eksplorasi Hati’. Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani ‘Belah Mulut Bayi Anda – Utamakan Dengan Buah Tamar, Atau Pun Sesuatu Yang Manis’.  Dr Abd Basit Abd Rahman ‘Prinsip Syariah Bawa Kebaikan Tolak Keburukan’. Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif ‘Rahsia Kurma’. Zuraimi Ismail menceritakan kisah ‘Imam Al-Nawawi’. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Strategi Kepimpinan Rasulullah’ dalam ruangan i-pod (Intisari Pedoman Daripada Sirah). Hj Ahmad Salim Omar ‘Mencari Mukmin Profesional’.

Turut mengisi Majalah Solusi Edisi 4, Ahmad Fadzli Yusuf ‘Menyelesaikan Masalah Di Tempat Kerja’. Rohidzir Rais ‘Dunia Ibarat Air Hujan’ yang menyeru manusia mengejar dunia tanpa meninggalkan akhirat. Ruangan munakahat bersama Ustaz Badli Shah Alauddin ‘ Cerai Dan Rujuk’. Mohd Wahid Abd Hanif ‘Kaum Nabi Nuh’ dalam ruangan Atlas Al-Quran. Dr Zulkifli Al-Bakri ‘Jenayah Dan Sebab-Sebabnya’.

Dr Irfan Khairi pula menulis tentang ‘Jadi Jutawan Dermawan’. Umar M Noor ‘Bila Diangkat Ilmu Khusyuk’.

Turut termuat Remaja Bersama Ustaz, ruangan puisi, Angguk Geleng, Pesan Nenek dan Pelik Tapi Benar.

Majalah Solusi Edisi 4 ini mengandungi 109 muka surat.

No comments:

Post a Comment