Saturday, 26 March 2011

Majalah Solusi Edisi 6

Product Information :
Nama
Majalah Solusi Edisi 6
Harga
RM9.00 RM7.00
Kod Produk
MAJS6

Majalah Solusi Edisi 6 fokus kepada mencari bahagia kerana keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian disebabkan ramai yang tidak tahu apa makna bahagia sebenar dan bagaimana untuk mendapatkannya.

Abu Irdak membuka bicara dengan Kata Dua ‘Jika Benar Inginkannya, Bayar Harganya’ yang berkisar tentang persoalan rasuah.

Ruangan Tafsir diisi oleh Ustaz Hj Zahazan Mohamed membicarakan tafsir Surah Taha ayat 123- 126 yang berkisar tentang ‘Bahagia Atau Derita Pilihan Manusia Sendiri’.

Ustaz Adlan Abd Aziz menulis artikel ‘Tangisan Yang Membawa Keredaan’ mengisi ruangan Hadis.

‘Apa Itu Bahagia?’ dikupas oleh Pahrol Mohamad Juoi dalam ruangan Isu. Beliau turut menghuraikan kaedah mencari bahagia menurut al-Quran dan Sunah. Beliau juga menulis artikel bertajuk ‘Musim Cinta Sudah Berlalu’ yang mana cinta bertukar kepada tanggungjawab apabila sudah berumah tangga.

Jaddal Atiff pula mengisi ruangan Isu dengan topic ‘3 Dimensi Zikir Yang Menenangkan Hati’.

‘Penyebaran Dakwah Melalui Media Elektronik – Peranan IKIM fm’ ditulis oleh Pengarah Radio IKIM fm sendiri iaitu Ir Ahmad Jais Alias.

Mohd Al-Adib Samuri pula menjelaskan ‘Mengintip (al-Tajassus) Yang Dibenarkan.

‘Bukan Urusan Saya’ mengajak pembaca mengambil berat terhadap sesama muslim ditulis oleh Umar M Noor.

Rashidah Mustaffa pula mengisi ruangan Hai Anak dengan artikel bertajuk ‘Jaga Batas Pergaulan Sesama Saudara Mara’.

Kisah, sejarah, kelebihan dan hukum Hajarul Aswad dihuraikan oleh Ustaz Ahmad Husni dengan terperinci.

Imam Global pula menceritakan kisah ‘Sudah Tersungkur Baru Akur’.

Ruangan ‘Soal Jawab Solat’ dan ‘Soal Jawab Fiqah’ pula dijawab dengan teliti oleh Ustaz Fadzli al-Yamani.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkisar tentang kisah di zaman Nabi dan sahabat yang mempunyai Bank Islam. Beliau seterusnya menulis artikel ‘Hukum Tanpa Syarat?’ yang mengajak pembaca agar lebih rajin dan teliti syarat yang disertakan bersama sesuatu hukum.

3 kunci ketahanan jiwa dihuraikan dengan jelas oleh Hj Muhammad Zakaria disertakan dengan cara bagaimana mendidik kunci-kunci tersebut.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah menulis artikel bertajuk ‘Bermain Dan Bergurau Dengan Anak-anak. Turut disertakan cara bagaimana Rasulullah bermain-main dan bergurau.

Dalam ruangan Cetusan, Dr Sidek Baba berkongsi kisah “Orang Lain Tidak Mengerti’.

Ustaz Badli Shah Alaudin mengisi ruangan Munakahat dengan persoalan ‘Tukar Tikar’, satu istilah orang Melayu apabila lelaki mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia. Apakah hukumnya?

Ruangan Dari Seberang diisi oleh Ummu Sakinah Hj Muhammad dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta dengan topik ‘Kekuatan Umat Terletak Pada Ilmu’.

Hj Muhammad Zakaria mengisi ruangan Kembara dengan kisah ‘Meranduk Banjir Di Pahang’ dan berkongsi tips menghadapi banjir.

Bahagian 1 ‘Menerobos Rahsia Lohmahfuz – Kuantum Fizik Membuktikan Lohmahfuz’ ditulis oleh Rohidzir Rais.

Ustaz Ghazali Ibrahim mengisi ruangan Faraid dengan isu ‘Penggunaan Harta Pusaka Dalam Urusan Jenazah’.

Ruangan Jejak RM diisi oleh Perancang Kewangan Islam Hj Mahadzir Md Isa dengan kisah seorang pemuda yang mengertai skim Takaful dan meninggal dunia akibat kemalangan. Juga disertakan faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah perlindungan seseorang individu.

‘Ibu Bapaku Asyik Gaduh. Apa Patut Ku Buat?’ itulah persoalan yang dijawab oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dalam ruangan Remaja kali ini.

Jutawan muda Dr Irfan Khairi pula membongkar ‘Produk Paling Laris Di Internet’ hinggakan seorang peserta bengkel beliau yang bergiat dalam industri pembuangan sampah pun boleh menjual di internet dalam bidang yang beliau jalani sekarang.

Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani pula menulis tentang ‘Bila Jodoh Sudah Berakhir’ yang bertanyakan pembaca benarkan cerai satu-satunya jalan penyelesaian dalam Islam atau ada alternatif lain?

Dalam ruangan Tauhid, Abu Irdak menulis artikel bertajuk ‘Syariat Dan Akidah Itu Sepadu’.

Artikel-artikel lain yang terkandung dalam Majalah Solusi Edisi 6 ini adalah Dr Abd Basit Abd Rahman ‘Konsep Keringanan (Al-Yusr) Dalam Islam. Ustaz Mohd Wahid Abd Hamid ‘Keajaiban Madu’. Zuraimi Ismail ‘Imam Bukhari – Pakar Merawat Hadis’. Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood ‘Debaran Menanti Si Penambat Hati’. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid ‘Rasulullah Pemimpin Berwibawa’. Rohidzir Rais ‘Mengejar Fatamorgana – Karam Di Lautan Gelita – Kebajikan Tanpa Iman Adalah Sia-sia’. Mohd Wahid Abd Hamid ‘Kaum Nabi Syuib – Kehancuran Penduduk Madyan’. Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi ‘Memahami Zihar’. Ahmad Fadzli Yusuf ‘Berbahagia Dengan Apa Yang Ada’.Dr Zulkifli Al-Bakri ‘Keunggulan Syariah Islamiah Dan Undang-undangnya’. Umar M Noor ‘Dajal Kecil Dan Sikap Kita’. Hj Ahmad Salim Omar ‘Pengurusan Hati’.

Turut termuat adalah ruangan Puisi, Angguk Geleng yang merupakan kisah jenaka dakwah, Pesan Nenek dan Pelik Tapi Benar.

Majalah Solusi Edisi 6 mengandungi 109 muka surat.

No comments:

Post a Comment